awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak latar belakang akademik lantikan pengurusan GLC, GLIC

Bernama
Bernama
20/07/2020
08:23 MYT
Semak latar belakang akademik lantikan pengurusan GLC, GLIC
Kerajaan perlu memastikan mana-mana individu yang terbukti memalsukan latar belakang akademik, perlu meletak jawatan. - Gambar hiasan
Lantikan pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu disemak dari segi kelayakan akademik bagi memastikan individu terbabit benar-benar layak memegang jawatan tersebut.
Cadangan itu diutarakan oleh Ong Kian Ming (PH-Bangi) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, kerajaan juga perlu memastikan mana-mana individu yang terbukti memalsukan latar belakang akademik termasuk ijazah atau 'degree mill' daripada universiti yang tidak wujud, perlu meletak jawatan.
"Adakah Perdana Menteri berhasrat untuk melakukan siasatan latar belakang akademik untuk semua ketua pegawai eksekutif dan juga pengerusi GLC dan GLIC termasuk Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang baru dilantik?" katanya.
Ong turut menyifatkan isu membabitkan latar belakang akademik bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Jalil Rasheed yang meletak jawatannya baru-baru ini sebagai isu teknikal.
Jalil telah meletakkan jawatannya di PNB pada 15 Jun 2020 setelah selepas memegang jawatan itu sejak 1 Oktober 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akademik
#GLC
#GLIC
#kerajaan
#lantikan
#latar akademik
#pengurusan syarikat
#pihak pengurusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan