awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak semula kekerapan cabutan khas judi - Pas

Bernama
Bernama
23/09/2021
08:32 MYT
Semak semula kekerapan cabutan khas judi - Pas
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau difahamkan keputusan itu sebenarnya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan dan tidak dibawa ke kabinet. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pas meminta supaya kerajaan menyemak semula keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata parti itu juga sejak dahulu lagi membantah isu berkaitan judi yang dibuat sama ada secara terbuka ataupun dalaman malah menganggap keputusan meningkatkan kekerapan itu tidak berasas dan tidak rasional.
"Pas sudah nyatakan bantahan secara terbuka, dan bantahan secara dalaman oleh ahli kabinet Pas juga telah dibuat. Kita berharap pihak Kementerian Kewangan menyemak semula keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan kepada Usahawantani Al Falah di Pusat Khidmat DUN Panchor di sini hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau difahamkan keputusan itu sebenarnya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan dan tidak dibawa ke kabinet.
BACA: 'Haram tetap haram', Pas tetap bertegas isu cabutan khas judi
"Kita (Pas) sebenarnya tidak boleh menyekat perkara itu daripada diputuskan sebab ia di bawah Kementerian Kewangan dan kita tidak boleh campur tangan.
"Kita sudahpun menjelaskan pendirian Pas sejak dahulu menentang apa sahaja perkara melibatkan judi. Bantahan sudahpun dibuat dan itu sahaja yang telah dilakukan setakat ini...lainlah kalau Pas berkuasa penuh dalam kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAS
#cabutan khas nombor
#Naib Presiden Pas
#Mohd Amar Nik Abdullah
#cabutan khas judi
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan