awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat merdeka, warga KUSKOP diseru beri perkhidmatan terbaik - Ewon

Bernama
Bernama
21/08/2024
20:30 MYT
Semangat merdeka, warga KUSKOP diseru beri perkhidmatan terbaik - Ewon
Ewon berkata, perhatian juga perlu diberikan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil, usahawan dan koperasi agar mereka terus maju bersama, seiring pembangunan negara. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diseru memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat yang memerlukan pembelaan, sebagai antara cara menghayati semangat kemerdekaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata warga kementerian itu seharusnya bersyukur dan merasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berdaulat dan merdeka serta dapat menjalani kehidupan harian dalam suasana yang aman damai dan harmoni.
"Warga KUSKOP adalah antara rakyat Malaysia yang amat bertuah kerana mendapat tempat dalam perkidmatan awam. Penempatan dalam kementerian ini harus ada nilainya iaitu memastikan Malaysia terus merdeka, maju ke hadapan dan terus membangun.
"Oleh itu saya menyeru seluruh warga kementerian dan agensi supaya terus melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik membela nasib usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana, penjaja dan peniaga kecil serta koperasi agar mereka terus maju bersama, seiring pembangunan negara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan KUSKOP, pada Rabu.
Ewon berkata dalam masa yang sama perhatian juga perlu diberikan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil, usahawan dan koperasi agar mereka terus maju bersama, seiring pembangunan negara.
Terdahulu, beliau turut melancarkan Program Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP, yang antaranya bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan warga kementerian dan agensi-agensinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan
#Kuskop
#semangat patriotik
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan