awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua guru yang kembali ke Sarawak perlu jalani kuarantin wajib

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
12/06/2020
09:25 MYT
Semua guru yang kembali ke Sarawak perlu jalani kuarantin wajib
Bagi guru yang bertugas di pedalaman, mereka dikehendaki menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan JPBNS. Gambar fail
Semua guru yang akan kembali bertugas di Sarawak diwajibkan untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari, sebaik tiba di negeri ini.
Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata guru yang bertugas di kawasan bandar perlu menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing dan memakai gelang tangan khas.
Bagi guru yang bertugas di pedalaman, mereka dikehendaki menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan JPBNS.
"Semua mereka akan dipanggil melakukan ujian saringan COVID-19 pada hari ke-10 kuarantin," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Kenyataan sama turut mengumumkan bahawa aktiviti sukan dan rekreasi akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 17 Jun ini dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Selain itu, pusat kecantikan juga dibenarkan beroperasi semula pada tarikh sama berdasarkan SOP yang akan diumumkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
Dalam perkembangan sama, Sarawak hari ini tidak mencatatkan sebarang kes positif baharu COVID-19 menjadikan jumlah kes kekal 556 kes.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#guru
#JPBNS
#kuarantin
#Kuching
#luar bandar
#Sarawak
#SOP
#wristband
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan