awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf

Bernama
Bernama
17/04/2024
15:27 MYT
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Ab Rauf berkata beliau sendiri telah meminta Setiausaha Politiknya untuk turun padang menyantuni penduduk terjejas dan menyalurkan bantuan awal di Masjid Tanah. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan supaya siap siaga dan pada masa sama segera menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir termasuk di sekitar daerah Alor Gajah hari ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata beliau sendiri telah meminta Setiausaha Politiknya Abdul Hakim Abdul Wahid untuk turun padang menyantuni penduduk terjejas dan menyalurkan bantuan awal di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah.
"Saya berdukacita dengan bencana banjir ini dan berharap semua penduduk bersabar dengan ujian yang berlaku dan dalam masa sama, terima kasih atas bantuan awal berbentuk makanan kepada mangsa oleh Japerun Lendu.
"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah juga diminta untuk siap siaga dan segera salurkan bantuan awal kepada mangsa banjir," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Antara kawasan terjejas banjir ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Taman Masjid Tanah Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal dan Kampung Brisu dan Kampung Pulau.
Setakat 12 tengah hari ini, sebanyak 55 mangsa daripada 14 keluarga terjejas banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Bukit Balai, Alor Gajah.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Ab Rauf Yusoh
#jkm
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan