awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM

Bernama
Bernama
12/12/2023
11:57 MYT
Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan bersama Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing serta delegasi dari China Communications Construction Company (CCCC) diketuai pengerusinya Wang Tongzhou pagi tadi. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak termasuk kerajaan negeri yang terlibat dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu berganding bahu bagi memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jadual.
Anwar berkata Malaysia amat komited dan menghargai kerjasama strategik dengan China terutama pelaburan dan sokongan kemahiran pembangunan infrastruktur oleh syarikat-syarikat dari republik itu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen itu dinyatakan semasa pertemuan bersama Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing serta delegasi dari China Communications Construction Company (CCCC) diketuai pengerusinya Wang Tongzhou pagi tadi.
"CCCC merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek ECRL. Wang telah berkongsi pengalaman dan kemas kini semasa projek ECRL.
"Selain itu, kami turut saling bertukar pandangan mengenai ekosistem pembangunan projek-projek mega terutamanya berkaitan infrastruktur pengangkutan dalam dan antara bandar," kata Anwar menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Anwar berkata kunjungan delegasi berkenaan hari ini adalah susulan pertemuannya dengan Wang di Nanning, China pada September lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ECRL
#CCCC
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Laluan Rel Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan