awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai Exco Perak di peringkat akhir - Zambry

Bernama
Bernama
12/05/2013
08:55 MYT
Senarai Exco Perak di peringkat akhir - Zambry
Senarai pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri yang akan membarisi Exco kerajaan negeri Perak kini berada di peringkat akhir, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata barisan exco negeri bakal menyaksikan pertambahan jumlah Exco berbanding sebelum ini.
"Kita juga akan pertimbangkan pelantikan khas sebab keadaan seperti yang kita tahu bahawa tidak ada wakil daripada masyarakat India. Kita nak bentuk kerajaan yang dapat mewakili semua (kaum)," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Keputeraan Sultan Azlan Shah hari ini.
Mengenai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau melantik enam penasihat khas, Zambry berkata: "Depa cakap dan dengar macam-macam, sebelum menang dah kata menang, sekarang dah menang pun, dia tak puas hati lagi".
Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pakatan rakyat memenangi 28 kerusi.
Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandingi manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu DUN Chenderiang.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Exco
#Perak
#PRU13
#Zambry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan