awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seni digital buka ruang bebas berkarya

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
22/02/2015
00:33 MYT
Seni digital buka ruang bebas berkarya
Lebih kreatif, bebas berkarya dan menjimatkan masa merupakan faktor kepada utama seorang pelukis seni digital Amy Hashim seni .- Foto Facebook Amy Hashim
Lebih kreatif, bebas berkarya dan menjimatkan masa.
Itu tiga perkara yang menjadi faktor kepada seorang pelukis Amy Hashim yang mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang seni digital sejak tiga tahun lalu.
Ibu kepada tiga orang anak ini mempunyai bakat melukis sejak kecil lagi.
Seni digital katanya adalah perantaraan yang berkesan meluahkan daya cipta seseorang. Dengan penggunaan peralatan komputer dan perisian yang canggih, ia mampu memberi kebebasan kepada pelukis untuk berkarya dengan lebih kreatif.
"Seni digital ini melatih saya lebih mahir melukis secara tradisional. Ia membuatkan saya lebih mahir. Hanya dengan menggunakan iPad dan perisian canggih, ia mampu menghasilkan karya yang lebih unik," katanya.
Amy Hashim
Amy Hashim
Seni digital
Seni digital
Bukan sahaja menjimatkan masa, lukisan melalui peralatan teknologi seperti iPad dan telefon pintar turut menjimatkan wang. Foto Facebook Amy Hashim
Walau bagaimanapun katanya, industri seni digital ini masih lagi baru dalam kalangan penggiat seni di Malaysia. Berbeza di luar negara, seni digital amat dihargai dan diaplikasikan ramai penggiat seni.
Bukan sahaja menjimatkan masa, lukisan melalui peralatan teknologi seperti iPad dan telefon pintar turut menjimatkan wang.
"Kita boleh berlatih sambil menjimatkan wang. Kalau tersalah kita boleh betulkan sehingga lukisan dilihat sempurna. Tidak membazir kertas dan pewarna. Sekiranya sudah selesai, boleh mencetaknya ke atas kanvas."
Seni digital
Seni digital
Lebih kreatif, bebas berkarya dan menjimatkan masa dengan seni digital - Foto Facebook Amy Hashim
Amy Hashim Arts merupakan platform media sosial di facebook yang sering bertukar hasil lukisan terutamanya di luar negara. Lukisan beliau turut menjelajah ke luar negara apabila mendapat perhatian penggiat seni digital seperti Korea.
Namun sebagai pencinta seni, beliau amat berharap seni digital ini dapat diperluaskan. Ini kerana pendedahan ini mampu digunakan sebagai platform untuk mengasah minda terutamanya dalam pendidikan.
Topic Berkaitan
#Amy Hashim
#Amy Hashim Arts
#seni digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan