awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancong Malaysia ke India wajib mohon kad ketibaan dalam talian
Kerajaan Thailand akan kurangkan perbelanjaan tidak perlu, kekal disiplin fiskal 2027
Solidariti global terhadap Palestin perlu melangkaui simbolisme, kata Pelapor Khas PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang bagi setiap empat pekerja di Jerman bekerja dari rumah tahun lepas

Bernama
Bernama
22/04/2026
11:43 MYT
Seorang bagi setiap empat pekerja di Jerman bekerja dari rumah tahun lepas
Sebagai perbandingan, pada 2019 sebelum pandemik koronavirus, hanya 13 peratus penduduk bekerja di Jerman bekerja dari rumah secara sekali-sekala atau lebih kerap. - Gambar hiasan

Bekerja dari rumah lebih lazim di Jerman berbanding kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU), menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Satu perempat daripada penduduk bekerja menjalankan tugas dari rumah sekurang-kurangnya sebahagian masa tahun lepas, menurut Pejabat Perangkaan Persekutuan.

Angka itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding dua tahun sebelumnya. Pada 2024, kadarnya ialah 24 peratus, manakala pada 2023 ialah 23 peratus.

Sebagai perbandingan, pada 2019 sebelum pandemik koronavirus, hanya 13 peratus penduduk bekerja di Jerman bekerja dari rumah secara sekali-sekala atau lebih kerap.

Tahun lepas, peratusan mereka yang bekerja dari rumah di Jerman adalah sedikit lebih tinggi berbanding purata keseluruhan EU, iaitu 23 peratus daripada semua penduduk bekerja berumur 15 tahun ke atas, menurut data berkenaan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kadar tertinggi dicatatkan di Belanda, dengan 52 peratus penduduk bekerja menjalankan tugas dari rumah sekurang-kurangnya sebahagian masa.

Kadar terendah pula direkodkan di Romania dan Bulgaria, masing-masing hanya empat peratus bekerja dari rumah.

Satu faktor utama yang mempengaruhi kadar bekerja dari rumah di Jerman ialah sektor pekerjaan seseorang.

Pengaturan kerja dari rumah meluas dalam kalangan penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT), selain sektor pentadbiran dan perundingan pengurusan, masing-masing mencatatkan kadar hampir 75 peratus.

Ahli perangkaan berkata bekerja dari rumah amat popular dalam kalangan kumpulan umur yang perlu mengimbangi tanggungjawab kerja dan keluarga.

Di Jerman pada 2025, kadar tertinggi bekerja dari rumah dicatatkan dalam kalangan mereka berumur 35 hingga 44 tahun (30 peratus), manakala bagi kumpulan umur 25 hingga 34 tahun ialah 28 peratus.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#Jerman
#Bekerja Dari Rumah
#lazim
#Pejabat Perangkaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan