awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia - KP N. Sembilan

Bernama
Bernama
09/08/2021
09:55 MYT
Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia - KP N. Sembilan
Mohamad Mat Yusop berkata penahanan lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan di Pulau Pinang pada kira-kira pukul 10.30 pagi. - BERNAMA
SEREMBAN: Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang didakwa bagi tujuan eksploitasi seks, Sabtu lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata penahanan lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan di Pulau Pinang pada kira-kira pukul 10.30 pagi itu menjadikan setakat ini dua orang ditahan, termasuk seorang selebriti yang ditahan pada 1 Ogos lepas, bagi membantu siasatan.
"Kami masih menyiasat kes berkenaan dengan lelaki itu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sehingga 13 Ogos ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan penahanan seorang selebriti lelaki berumur 40-an bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dalam satu sekatan jalan raya di sekitar negeri ini, yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari.
BACA: Tauke mengaku ditahan polis untuk bantu siasatan kes pemerdagangan manusia
BACA: Pelawak terkenal ditahan kes pemerdagangan manusia
Susulan penahanan selebriti itu, polis menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dekat sini dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjara
#Sekatan Jalan Raya
#seks
#KPJ
#pemerdagangan manusia
#pelwak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan