awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua rakan masih dirawat akibat kencing tikus

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
16/06/2020
08:25 MYT
Seorang maut, dua rakan masih dirawat akibat kencing tikus
Ketiga-tiga mereka dipercayai berkunjung ke sebuah kawasan hutan lipur di Dungun pada minggu lepas sebelum dimasukkan ke hospital pada Ahad. Gambar hiasan
Seorang lelaki meninggal dunia manakala dua rakannya masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai akibat terkena jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata mangsa meninggal dunia pada Isnin.
Katanya, ketiga-tiga mereka dipercayai berkunjung ke sebuah kawasan hutan lipur di Dungun pada minggu lepas sebelum dimasukkan ke hospital pada Ahad.
"Mereka dipercayai jatuh sakit selepas pulang daripada mengunjungi kawasan air terjun (hutan lipur) berkenaan.
"Kita bagaimanapun masih menunggu laporan lanjut daripada Jabatan Kesihatan berhubung kes ini termasuk keputusan ujian darah kesemua mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra Aidilfitri bersama media di sebuah hotel di Kuala Terengganu, pada Selasa.
Beliau berkata, dua lagi mangsa sedang menerima rawatan di HSNZ dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Sementara itu, Alias menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan kunjungan ke kawasan sungai di hutan lipur atau hutan buat masa ini.
Topic Berkaitan
#air terjun
#Hospital
#jangkitan
#kencing tikus
#maut
#meninggal dunia
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan