awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, enam cedera van kilang terbabas ke dalam parit

Bernama
Bernama
25/06/2021
03:24 MYT
Seorang maut, enam cedera van kilang terbabas ke dalam parit
Mangsa S. Selvarani, 54, yang tersepit di tempat duduk belakang van berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.
SEREMBAN: Seorang pekerja kilang wanita maut manakala enam lagi cedera apabila van kilang yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit, di Kilometer 14 Jalan Labu Batu 8, dekat Seremban, pagi tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa S. Selvarani, 54, yang tersepit di tempat duduk belakang van berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.01 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, terdapat tujuh mangsa terdiri daripada lima wanita dan dua lelaki di dalam van berkenaan dan anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan kesemua mangsa manakala mangsa yang tersepit disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa lain menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#van terbabas
#pemandu maut
#kemalangan di Seremban
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Negeri Sembilan
#Seremban
#bomba
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan