awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Gempa bumi 6.0 magnitud landa 90km tenggara Sarangani, Filipina - USGS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, lima terselamat nahas SUV, kereta di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/02/2026
23:55 MYT
Seorang maut, lima terselamat nahas SUV, kereta di Ipoh
Keadaan dua buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Ipoh awal pagi ini yang mengorbankan seorang penumpang. - Foto JBPM Perak.
Seorang lelaki maut manakala lima lagi terselamat dalam nahas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta berhampiran stesen minyak Caltex Taman Meru, Jelapang dekat sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 4.16 pagi.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah SUV jenis Mazda CX5 dan sebuah kereta jenis Honda City.
“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berusia 32 tahun berada di bahagian penumpang belakang Mazda CX5 tetapi tidak tersepit.
“Dua lagi mangsa lelaki dewasa berumur 32 tahun di dalam Mazda CX5 dan tiga lelaki berumur 22 tahun dari kereta Honda City terselamat dan telah keluar dengan sendiri sebelum jentera bomba,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melakukan 'size up' dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘spinal board’.
Menurutnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Nor Azam Abd Rahman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya tamat jam 5.13 pagi.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penumpang hadapan sebuah kereta cedera tersepit selepas kereta yang dinaikinya merempuh tangga sebuah kedai di Jalan Besar Bidor, awal pagi ini.
Sabarodzi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.12 pagi sebelum menggerakkan sepasukan enam anggota dari BBP Bidor ke lokasi.
“Setibanya jentera di lokasi di dapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga telah merempuh bahagian tangga konkrit kaki lima bangunan kedai dan terdapat seorang mangsa berusia 56 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan,” ujarnya.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#JBPM
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan