awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 414 individu ditahan ingkar PKP

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
03/05/2020
07:01 MYT
Seramai 414 individu ditahan ingkar PKP
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 407 individu direman manakala tujuh daripadanya dijamin polis. - Gambar BERNAMA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 414 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di seluruh negara.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 407 individu direman manakala tujuh daripadanya dijamin polis.
Beliau berkata, jumlah penahanan itu meningkat berbanding 410 individu yang ditangkap semalam.
"Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 2 Mei 2020 (semalam) adalah sebanyak 23,680 individu.
"Selain itu, sebanyak 36,345 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,833 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa," katanya dalam sidang media harian pada Ahad.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sekatan jalan raya di 823 lokasi seluruh negara.
"Hasil daripada sekatan itu, pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan ke atas 552,999 kenderaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka sebanyak 255 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 175 masih dalam siasatan, manakala 26 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 15 telah mengaku bersalah," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#koronavirus
#mahkamah
#Malaysia
#Media
#menteri
#PDRM
#polis
#siasatan
#SKMM
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan