awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan

Bernama
Bernama
25/03/2026
15:42 MYT
Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan
Keganasan terus meragut nyawa di Lubnan, dengan 42 petugas paramedik dilaporkan terbunuh sejak awal Mac susulan peningkatan serangan oleh Israel. - Foto REUTERS/Yara Nardi

Keganasan terus meragut nyawa di Lubnan, dengan 42 petugas paramedik dilaporkan terbunuh sejak awal Mac susulan peningkatan serangan oleh Israel, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam insiden terbaharu, dua anggota paramedik maut apabila motosikal yang mereka naiki ketika bertugas diserang.
Menurut Kementerian Kesihatan, ketika kejadian, mereka memakai pakaian seragam dan menaiki motosikal yang jelas ditandakan serta dilengkapi lampu amaran.
Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas Lubnan ketika Amerika Syarikat dan Israel turut melakukan serangan ke atas Iran, yang meragut lebih 1,000 nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan minggu lepas.
Pasukan perubatan yang mempunyai kaitan dengan Hizbullah dan Pergerakan Amal antara yang terjejas dengan pihak berkuasa menyatakan yang petugas penyelamat semakin menjadi sasaran serangan.
Tentera Israel menyatakan yang pihaknya sedang meneliti insiden itu, sambil menuduh Hizbullah menggunakan ambulans dan kemudahan perubatan untuk tujuan ketenteraan.
Namun, pegawai Lubnan pula mendakwa Israel sengaja menyasarkan operasi penyelamatan dan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#lubnan
#petugas perubatan
#serangan Israel
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan