awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi persekolahan tetap dilaksana seperti biasa - Fadhlina

Bernama
Bernama
16/03/2026
14:15 MYT
Sesi persekolahan tetap dilaksana seperti biasa - Fadhlina
Fadhlina berkata, sebarang dasar pendidikan tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru tanpa penelitian menyeluruh. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini tetap melaksanakan sesi persekolahan seperti biasa, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana berdasarkan pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang memberi kesan kepada murid sebelum ini termasuk menyebabkan mereka menjadi generasi ketinggalan seperti ketika negara dilanda COVID-19.
"Bekerja dari rumah (BDR) dengan PdPR ini dua perkara yang berbeza, jadi setakat ini tiada keputusan apa-apa mengenai PdPR dan pembelajaran berjalan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Pengurusan Tertinggi KPM Bersama Pengamal Media Sempena Ramadan 2026 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPM Datuk Dr Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, Pengarah Pusat PERMATA Kurnia Dr Zuraidah Ismail dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Shukri Ishak.
Fadhlina berkata penjelasan itu diharapkan dapat menamatkan kegusaran masyarakat mengenai isu PdPR.
Beliau berkata fokus utama kerajaan adalah memulihkan kesan gangguan pembelajaran yang berlaku sebelum ini termasuk menangani cabaran generasi pelajar yang terkesan akibat tempoh pembelajaran jarak jauh.
Fadhlina turut menegaskan sebarang dasar pendidikan tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru tanpa penelitian menyeluruh kerana keutamaan kerajaan adalah memastikan kualiti pembelajaran murid terus terpelihara.
Sebelum ini dilaporkan kerajaan akan meneliti cadangan BDR bagi sektor awam susulan krisis geopolitik Asia Barat dan akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet esok.
Terdahulu, Fadhlina memaklumkan kepada pengamal media berkaitan hala tuju Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 bahawa KPM akan menubuhkan satu majlis pimpinan pelajar peringkat kebangsaan untuk mewakili suara pelajar peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
"Aspirasi RPM 2026-2035 memang dituju khas untuk mereka menjadi sebahagian besar tumpuan RPM untuk mengangkat suara pelajar.
"Input suara pelajar amat penting dalam melaksanakan rancangan dan dasar RPM 2026-2035," katanya.
Majlis itu merupakan platform KPM bagi memperkukuh dan meneruskan hubungan strategik antara kementerian dan agensi media yang telah berperanan dalam menyokong penyampaian dasar serta inisiatif KPM kepada masyarakat.
Pada majlis itu, Fadhlina turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 20 kanak-kanak autisme di Pusat PERMATA Kurnia dan berbuka puasa bersama pengamal media.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#persekolahan
#pendidikan
#KPM
#BDR
#PdPR
#RPM 2026-2035
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan