awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM

Bernama
Bernama
23/01/2025
15:18 MYT
Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM memaklumkan bahawa mereka sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh, untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.
"Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan beras putih tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan, setelah perincian mengenainya dipersetujui oleh kerajaan," menurut kenyataan itu.
KPKM mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons kepada Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang menggesa kerajaan meletakkan portfolio padi dan beras di bawah badan itu, berikutan kekurangan BPT dalam pasaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan beras
#pihak berautoriti
#pesawah
#portfolio padi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan