awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sewa percuma untuk peniaga Pasar Harian Selayang hingga akhir tahun - Annuar

Bernama
Bernama
29/05/2021
06:17 MYT
Sewa percuma untuk peniaga Pasar Harian Selayang hingga akhir tahun - Annuar
Annuar berkata kelonggaran itu melibatkan peniaga yang akan mula beroperasi di bangunan baharu pasar berkenaan mulai Selasa ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peniaga di Pasar Harian Selayang, di sini akan diberi kemudahan sewa percuma sehingga akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata kelonggaran itu melibatkan peniaga yang akan mula beroperasi di bangunan baharu pasar berkenaan mulai Selasa ini.
"Saya ada menerima permohonan untuk turunkan sikit kadar sewa yang dikenakan. Kita putuskan untuk beri percuma, tak perlu bayar sewa hingga akhir tahun. Semoga itu membantu..Allah memberkati," katanya menerusi Twitter hari ini.
Pasar Harian Selayang akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu pada hari Selasa ini, manakala operasi pasar sementara di kawasan itu akan ditamatkan pada Isnin.
Sementara itu Annuar berkata inisiatif Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah yang diumumkan sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada akan diteruskan walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang mula dilaksanakan Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Pasar Harian Selayang
#Selayang
#peniaga
#pasar selayang
#COVID-19
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan