awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shafie menang majoriti besar jawatan Ketua UMNO Semporna

Bernama
Bernama
21/10/2013
23:08 MYT
Shafie menang majoriti besar jawatan Ketua UMNO Semporna
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menang dengan majoriti besar bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Semporna dalam pertandingan tiga penjuru pada pemilihan parti Sabtu lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan UMNO Semporna hari ini, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna memperoleh 1,309 undi mengalahkan dua pencabarnya iaitu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sulabayan Datuk Harman Mohamad yang mendapat 187 undi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Semporna Nixon Abdul Habi yang memperoleh 48 undi.
Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna pula berjaya dipertahankan oleh Datuk Seri Nasir Tun Sakaran apabila memperoleh 855 undi, menewaskan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Ramlee Marahaban yang mendapat 662 undi.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong pula memenangi jawatan Naib Ketua UMNO bahagian itu apabila mendapat 1,034 undi mengalahkan Datuk Basali Tarireh yang memperoleh 453 undi.
Pengumuman keputusan itu dibuat Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Semporna Datu Eranza Datu Seribu kira-kira pukul 9 malam semalam.
Topic Berkaitan
#pemilihan
#Semporna
#Shafie Apdal
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan