awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahrizat tempelak pembangkang 'terkedek-kedek'

Bernama
Bernama
28/11/2012
08:13 MYT
Shahrizat tempelak pembangkang 'terkedek-kedek'
Di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, golongan wanita melakar pelbagai kejayaan melalui pelbagai program yang dirangka untuk mereka, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2012 Rabu, beliau sekali gus menempelak pakatan pembangkang yang baru 'terkedek-kedek' mahu memperkenalkan inisiatif untuk kaum Hawa di negara ini.
"Maaf cakaplah, baru tahun ini pakatan pembangkang kononnya hendak melancarkan agenda untuk wanita Malaysia. Forget it (lupakanlah). Puan-puan dah mendahuluinya, (pembangkang) terlambat 66 tahun," tegas beliau.
Dalam ucapan bertajuk 'Masa Depan Umno' itu, Shahrizat menarik perhatian bahawa Wanita Umno melalui perjuangannya membuka jalan bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor seperti politik, ekonomi, sosial dan profesional.
Namun, di sebalik pelbagai kejayaan yang dicapai pergerakan itu, beliau berkata Wanita Umno harus mengambil beberapa langkah bagi merekayasa kembali perjuangan termasuk mengukuhkan perpaduan ketika Umno membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Shahrizat berkata keputusan PRU lepas menjadi pengajaran besar dan 'wake-up call' untuk Umno dan BN supaya tidak lagi leka dengan cabaran politik yang melanda.
Sehubungan itu, beliau menuntut anggota Wanita Umno supaya bersatu, berjuang demi prinsip dan memupuk sikap saling mempercayai.
"Kita perlu memperhebatkan kempen keanggotaan, mendekati golongan muda dan profesional dan menunjukkan kepada golongan ini bahawa parti kita adalah relevan untuk terus mentadbir negara," jelasnya.
Di samping itu, Shahrizat mahu lebih banyak calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Topic Berkaitan
#Hawa
#pembangkang
#shahrizat
#UMNO
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan