awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia
Zara Qairina tidak sedarkan diri namun masih bernafas ketika perjalanan ke hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shamsul Azri dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga berkuat kuasa 1 Jan

Bernama
Bernama
31/12/2024
09:37 MYT
Shamsul Azri dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga berkuat kuasa 1 Jan
Kerajaan bersetuju dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu berkuat kuasa esok. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu berkuat kuasa esok.
ST dalam kenyataan hari ini memaklumkan Shamsul Azri, 55, mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam selain pernah berkhidmat di pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
"ST mengalu-alukan kepimpinan Shamsul Azri untuk membawa agenda ST ke tahap yang lebih tinggi.
"ST juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohamad Razif Abd Mubin atas sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Sementara ST," menurut suruhanjaya itu.
Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, ST bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Azri Abu Bakar
#Pengerusi Suruhanjaya Tenaga
#ketua setiausaha negara
#KSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan