awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini

Bernama
Bernama
10/02/2026
12:40 MYT
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Armizan (kiri), beramah mesra dengan orang ramai pada Program Jualan Rahmah MADANI Tahun Baharu Cina serta pengumuman SHMMP Tahun Baharu Cina di Taman Pandan Mawar hari ini. - Gambar Bernama
MELAKA: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Tahun Baharu Cina dilaksanakan bermula 13 Feb ini, melibatkan 16 jenis barangan harga terkawal sepanjang tempoh sembilan hari hingga 21 Feb.

Ringkasan AI
  • Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dilaksanakan sempena Tahun Baharu Cina bermula 13 Feb, melibatkan 16 jenis barangan harga terkawal selama sembilan hari hingga 21 Feb.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan tujuan skim ini adalah membantu pengguna menikmati harga berpatutan semasa musim perayaan dengan 16 jenis di Sarawak, Sabah, Semenanjung, dan 14 jenis di Labuan.
  • Pegawai KPDN akan dipertanggungjawabkan di lokasi strategik di seluruh negara seperti pasar awam, pasar tani, dan pusat beli-belah untuk memastikan peniaga mematuhi pelaksanaan skim tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya telah mengenal pasti jenis barangan yang dikawal di bawah skim berkenaan mengikut negeri iaitu 16 di Sarawak, Sabah dan Semenanjung (15 jenis) manakala di 14 jenis di Labuan.
Beliau berkata pelaksanaan skim berkenaan bertujuan membantu pengguna menikmati harga berpatutan sempena musim perayaan.
"Empat barangan ditambah di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak iaitu sawi pendek/sawi Jepun, cili merah, bawang kuning besar dan bawang merah besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Rahmah MADANI dan Pengumuman SHMMP Tahun Baharu Cina di Taman Pandan Mawar di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Pengarah KPDN Azman Adam, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.
Beliau berkata barangan berkenaan ialah ikan bawal putih, udang putih, bawang putih (China), bawang kuning besar, bawang merah besar, sawi pendek/sawi Jepun, cili merah dan kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing).
Selain itu, lobak merah (China), lobak putih, ubi kentang (China), halia tua (import), kepak ayam, babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).
Armizan berkata pegawai KPDN akan ditugaskan di lokasi strategik di seluruh negara seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi memastikan kepatuhan peniaga terhadap pelaksanaan skim tersebut.
Sementara itu, Armizan berkata bagi meringankan beban pengguna, kerajaan melaksanakan 920 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara bermula 13 hingga 17 Feb ini.
Beliau berkata orang ramai boleh menyemak takwim pelaksanaan PJRM Tahun Baharu Cina 2026 menerusi laman sesawang KPDN https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah.
Sebarang aduan berkaitan boleh disalurkan menerusi WhatsApp (019-848 8000), pusat panggilan (1-800-886-800), laman sesawang (https://eaduan.kpdn.gov.my), e-mel ([email protected]) dan aplikasi telefon pintar (Ez ADU KPDN).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim perayaan
#Tahun Baharu Cina
#kos sara hidup
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan