awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat segera kes serangan anak Rafizi, pastikan keselamatan awam terjamin - Hannah

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
13/08/2025
12:37 MYT
Siasat segera kes serangan anak Rafizi, pastikan keselamatan awam terjamin - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan keselamatan awam terus terjamin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung insiden serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ringkasan AI
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menggesa siasatan segera terhadap serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, bagi menjamin keselamatan awam.
  • Beliau menegaskan tiada sesiapa, khususnya kanak-kanak, wajar menjadi mangsa keganasan, dan mendoakan keselamatan serta kesembuhan anak Rafizi.
  • Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya apabila anak Rafizi ditarik dan dicucuk jarum suntikan oleh individu tidak dikenali.

Hannah dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Selasa, berkata ini adalah bagi memastikan keselamatan awam terus terjamin.
Beliau menegaskan tiada sesiapa, apatah lagi seorang kanak-kanak, wajar menjadi mangsa keganasan, dan perbuatan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara seperti Malaysia yang aman serta mempunyai undang-undang dan penguatkuasaan yang efisien.
“Saya amat sedih apabila mendapat berita tentang insiden serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli di Putrajaya hari ini," ujarnya.
Hannah turut mendoakan keselamatan serta kesembuhan buat anak Rafizi, selain kekuatan untuk keluarganya bagi menghadapi dugaan.
Terdahulu, Rafizi dalam satu kenyataan di media sosial pada Rabu memaklumkan bahawa anaknya telah diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baharu memasuki kereta untuk beredar dari lokasi itu apabila anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#dicucuk dengan jarum suntikan
#anak Rafizi
#kes serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan