awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan seleweng dana lebuh raya: Pasukan taktikal SPRM lengkap bersenjata tiba di kediaman Tan Sri

Faida Rahim
Faida Rahim
12/06/2025
03:15 MYT
Siasatan seleweng dana lebuh raya: Pasukan taktikal SPRM lengkap bersenjata tiba di kediaman Tan Sri
Sebanyak empat buah kenderaan tiba di kawasan kediaman yang terletak di Bandar Tasik Selatan itu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pasukan taktikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) tiba di kediaman individu bergelar Tan Sri berhubung penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang pada jam 10.50 pagi.
Sebanyak empat buah kenderaan tiba di kawasan kediaman yang terletak di Bandar Tasik Selatan itu.
Ia melibatkan kenderaan dua buah van putih dan dua buah lagi kereta jenis grand Livina dan Honda City malah kelihatan pasukan taktikal SPRM tiba lengkap bersenjata api.
Proses merakam keterangan pemegang konsesi lebuh raya yang dikaitkan kes penyelewengan dana sukuk pem­binaan lebuh raya memasuki hari kedua hari ini.
Kenderaan toyota Vios berwarna putih membawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat memasuki kediaman individu berkenaan jam 8.45 pagi.
Dalam pada itu, salah satu pintu masuk kawasan kediaman ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu turut ditutup oleh polis bantuan sebuah syarikat.
Kon dan penghadang diletakkan di pintu masuk ke kawasan kediaman itu, dengan anggota polis bantuan yang berada di sana juga menghalang petugas media daripada menghampiri kawasan itu.
Semalam, proses rakaman percakapan individu bergelar Tan Sri itu mengambil kira-kira enam jam bermula pada jam 9 pagi dan selesai pada jam 3.07 petang.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata bahawa pemegang konsesi lebuh raya berkenaan merupakan saksi utama dalam siasatan kes terbabit.
Media sebelum ini juga melaporkan bahawa seramai 45 saksi yang telah memberikan keterangan sebelum ini telah dipanggil semula untuk memberikan maklumat tambahan.
Topic Berkaitan
#Siasatan seleweng dana lebuh raya
#pasukan taktikal
#SPRM
#Tan Sri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami