awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/11/2024
21:20 MYT
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS
Malaysia dan Brazil secara bersama berminat untuk meneroka pelbagai inisiatif semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan, kata Perdana Menteri Anwar (kanan) dan Presiden Lula. - Gambar Bernama
RIO DE JANEIRO (Brazil): Malaysia dan Brazil secara bersama berminat untuk meneroka pelbagai inisiatif semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Keputusan itu juga seiring kepengerusian BRICS oleh Brazil serta peranannya sebagai hos Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP).
Menerusi kenyataan bersama antara Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua pemimpin telah berikrar untuk bekerjasama bagi sistem pelbagai hala yang diaktifkan semula berdasarkan prinsip-prinsip Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
Malah, kedua-dua pemimpin menyedari keperluan untuk pembaharuan menyeluruh dalam tadbir urus global untuk menjadikannya lebih berkesan, telus dan bertanggungjawab serta mengambil kira aspirasi negara-negara membangun dan sedang membangun untuk memainkan peranan lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa.
Ini sekali gus mencerminkan realiti sosial, ekonomi dan politik serta kesusahan abad ke-21 serta peningkatan penonjolan Global Selatan, kata mereka.
Pada masa sama, Anwar dan Lula juga sedar berkenaan kemunculan pusat kuasa baharu, pembuatan keputusan dasar dan pertumbuhan ekonomi yang seharusnya membuka jalan kepada dunia multipolar yang lebih saksama, adil, demokratik dan seimbang.
Dalam kenyataan sama, Anwar berkata, Lula telah menerima undangan beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai Tetamu Pengerusi.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lula kerana mengundang beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di sini.
Malaysia, bersama-sama 16 lagi negara termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam, turut menjadi negara tetamu pada Sidang Kemuncak G20.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Brazil
#Sidang Kemuncak G20
#Presiden Luiz Inacio Lula da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan