awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sikap 'tutup mata' memusnahkan negara - Raja Muda Perlis

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2018
07:32 MYT
Sikap 'tutup mata' memusnahkan negara - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pada Majlis Perasmian Penutup Roadshow INTEGRTI peringkat Perlis di Pusat Koreksional Negeri Perlis. - Astro AWANI
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu integriti dijadikan benteng terakhir ummah bagi melahirkan masyarakat yang berintegriti tinggi.
Titah baginda, punca kepada semua isu atau masalah yang wujud adalah kerana sikap sesetengah pihak yang tidak amanah sehingga boleh memusnahkan negara.
Merujuk isu kelemahan di sempadan negara, beliau berkata isu itu dapat ditangani dengan nilai integriti yang tinggi.
"Yang merisaukan kita adalah akibat perbuatan segelintir pihak yang mungkin 'menutupkan mata' mereka sewaktu bertugas mungkin kerana telah disogok, boleh menyebabkan pelbagai anasir jahat menyelinap masuk ke dalam negara.
"Tidak kira sama ada orang yang mengambil kesempatan daripada pemerdagangan manusia, pelacuran, dadah, senjata api dan bermacam lagi perkara yang akhirnya menyumbang kepada kemudaratan rakyat jelata.
"Semua ini sekiranya tidak dibendung dari awal, sudah pasti ia akan menyumbang kepada masalah dan malapetaka yang lebih besar," katanya.
Beliau bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutup Roadshow INTEGRITI peringkat Perlis di Pusat Koreksional Negeri Perlis.
Pada 2015, masyarakat digemparkan dengan penemuan 139 kubur dan kem pemerdangangan manusia di Wang Kelian, Perlis yang terletak di kawasan sempadan negeri itu dan Thailand.
BACA: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian - Zahid
BACA: Tiga dalang utama kes wang kelian akan diekstradisi ke negara ini
BACA: 'Polis tidak pernah hentikan siasatan kes Wang Kelian' - Noor Rashid
Sehubungan itu, beliau mahu setiap anggota masyarakat kembali kepada ajaran agama masing-masing.
"Tidak kira apa jua agama yang kita anuti, setiap daripada kita perlu memainkan peranan menyemai nilai-nilai murni yang ada dalam ajaran agama masing-masing, selaras dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara," katanya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#integriti
#Malaysia
#sindiket
#Thailand
#Wang Kelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan