awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iraq dikecualikan daripada sekatan Selat Hormuz
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siling Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino runtuh, tujuh cedera

Bernama
Bernama
03/04/2026
12:34 MYT
Siling Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino runtuh, tujuh cedera
Pengendali New NAIA Infra Corp. (NNIC) memaklumkan kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan segera. - Facebook Calyn Lanuza
Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera apabila panel siling di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini runtuh, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Dalam satu kenyataan, pengendali New NAIA Infra Corp. (NNIC) memaklumkan kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan segera.
Pasukan perubatan, anggota keselamatan lapangan terbang serta Kumpulan Keselamatan Penerbangan Polis Kebangsaan Filipina (PNP) bertindak balas terhadap kejadian itu yang berlaku kira-kira 10.43 pagi di bahagian sambungan kawasan ketibaan terminal.
NNIC memaklumkan kawasan itu telah ditutup serta-merta, dan pasukan kejuruteraan syarikat itu telah memeriksa bahagian sekitarnya serta “mengesahkan bahawa ia selamat untuk operasi seperti biasa.”
Sementara itu, NNIC memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian.
Setiausaha Pengangkutan Banoy Lopez segera mengarahkan NNIC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila supaya memastikan keselamatan semua penumpang dan kakitangan lapangan terbang, serta mengemukakan laporan terperinci mengenai punca kejadian.
-- BERNAMA-PNA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino
#runtuhan
#panel siling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan