awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpanan Pendidikan MADANI bantu 258 murid Tahun 1 anak anggota ATM di Sabah

Astro AWANI
Astro AWANI
06/03/2026
05:28 MYT
Simpanan Pendidikan MADANI bantu 258 murid Tahun 1 anak anggota ATM di Sabah
Malek Razak (baris depan, lima, kiri) dan dan Mohd Nizar (baris depan, enam, kiri) bergambar bersama sebahagian penerima manfaat daripada Simpanan Pendidikan MADANI 2026 pada majlis yang berlangsung di atas Kapal Diraja Kelantan di Kem Lok Kawi, Kota Kina
Seramai 258 murid Tahun 1 anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah menerima manfaat Simpanan Pendidikan MADANI 2026 dengan jumlah peruntukan RM10,700.
Serahan simpanan itu disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, dalam satu majlis di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, pada 4 Mac lalu, melibatkan 20 murid sebagai penerima simbolik.
Sepuluh lagi murid dari Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar menerima bantuan sama pada 5 Mac bersempena Majlis Berbuka Puasa Panglima Angkatan Tentera.
Penyerahan ini susulan penyerahan replika cek oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada tiga Panglima Perkhidmatan yang melibatkan 3,328 murid di seluruh negara dengan peruntukan keseluruhan RM166,400.
Setiap murid menerima RM50 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN Prime sebagai permulaan tabungan pendidikan.
Inisiatif ini dilaksanakan Yayasan LTAT bersama PTPTN sebagai usaha memupuk budaya menabung dan mengukuhkan perancangan kewangan pendidikan keluarga ATM.
Penerima juga layak menikmati perlindungan takaful percuma jika mengekalkan simpanan minimum RM1,000.
Dalam majlis sama, Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan sumbangan kepada waris mendiang anggota Unit Lapang Sasar Kota Belud serta dua keluarga anggota yang menghidap penyakit kronik.
Program ini merupakan komitmen berterusan bagi memperkasa kebajikan dan pendidikan anak-anak warga ATM sejak diperkenalkan pada 2024.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Eksekutif Yayasan LTAT Datuk Dr Mohd Nizar Sudin serta kepimpinan kanan ATM, PTPTN Sabah dan Yayasan LTAT.
Topic Berkaitan
#Simpanan Pendidikan MADANI 2026
#anak tentera
#LTAT
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan