awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Sinar4NZMartyrs: Baki RM71,000 diserah kepada tabung masjid

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2019
15:48 MYT
#Sinar4NZMartyrs: Baki RM71,000 diserah kepada tabung masjid
Hussamuddin berkata, tujuan tabung tersebut ditubuhkan bagi membantu keluarga mangsa yang terkorban dan cedera, selain membaiki masjid yang rosak. - Gambar fail
Baki RM71,000 yang disumbang rakyat Malaysia dalam tabung #Sinar4NZMartyrs akan diserahkan kepada tabung Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand.
Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sejak dilancarkan pada 16 Mac lalu susulan serangan pengganas ketika solat Jumaat di dua masjid tersebut, tabung khas itu berjaya mengumpul sebanyak RM161,375.73.
Menurutnya, sebanyak RM90,000 telah dikeluarkan dan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang mewakili Kerajaan Malaysia menziarahi mangsa di New Zealand pada 21 Mac.
Katanya, sebanyak lima sampul disampaikan kepada Mujahid untuk diserahkan kepada keluarga Rahimi Ahmad sebanyak NZD2,500, keluarga Mohd Tarmizi dan Mohd Haziq Shuib sebanyak NZD5,000 dan keluarga Mohd Nazril Hisham Omar sebanyak NZD2,500
"Sementara dua lagi sampul berjumlah NZD13,000 dan RM24,450 diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di New Zealand," katanya.
Beliau berkata, tujuan tabung tersebut ditubuhkan bagi membantu keluarga mangsa yang terkorban dan cedera, selain membaiki masjid yang rosak.
"Sebagai sebuah yarikat yang prihatin, kami ikhlas membantu keluarga mangsa khususnya dari Malaysia, malah sebelum ini Kumpulan Media Karangkraf juga pernah menubuhkan tabung kemanusiaan untuk membantu mangsa gempa dan sebagainya," katanya.
Topic Berkaitan
#cedera
#Christchurch
#Hussamuddin Yaacub
#keluarga
#kerajaan
#mangsa
#masjid
#Mujahid Yusof
#New Zealand
#pengganas
#rakyat Malaysia
#serangan
#Sinar4NZMartyrs
#Solat Jumaat
#tabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan