awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket seleweng diesel bersubsidi tumpas

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2022
22:30 MYT
Sindiket seleweng diesel bersubsidi tumpas
KPDNHEP Kedah menumpaskan satu sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah gudang di Gurun, di sini, pada Isnin. - Foto ihsan KDPNHEP Kedah
GURUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah menumpaskan satu sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dengan merampas 10,859 liter bahan bakar itu dalam serbuan di sebuah gudang di Gurun di sini, pada Isnin.
Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan kira-kira jam 10 pagi di premis yang dijadikan tempat pengumpulan minyak diesel itu dilakukan sepasukan lapan anggota penguat kuasa KPDNHEP Alor Setar.
“Semasa serbuan dijalankan, gudang tersebut sedang beroperasi dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an berada di dalam gudang tersebut.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, 10,859 liter minyak diesel berada di dalam 'skid tank' dan tangki besi di gudang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, turut ditemui dalam gudang tersebut sebuah lori yang dilengkapi dengan tangki tambahan.
“Berdasarkan keterangan awal diperolehi, premis tersebut tidak mempunyai apa-apa lesen atau permit yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.
"Minyak yang ditemui di premis itu dipercayai dibeli daripada beberapa buah stesen minyak di sekitar kawasan Gurun sebelum ia dijual semula kepada pihak industri," katanya.
Susulan itu, menurut beliau, anggota penguat kuasa KPDNHEP Alor Setar bertindak menyita minyak diesel, lori, hos, pam dengan nilai lebih kurang RM68,846.85.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana beroperasi atau menjalankan urusniaga barang kawalan tanpa lesen.
“Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#sindiket penyelewengan diesel bersubsidi
#Affendi Rajini Kanth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan