awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura, Australia bimbang konflik Asia Barat, tekad perkukuh keselamatan tenaga

Bernama
Bernama
23/03/2026
09:52 MYT
Singapura, Australia bimbang konflik Asia Barat, tekad perkukuh keselamatan tenaga
Australia dan Singapura akan mempercepatkan rundingan mengenai pengaturan perdagangan bagi bekalan penting.

Singapura dan Australia mengulangi komitmen mereka untuk memperkukuh keselamatan tenaga serta mengekalkan aliran perdagangan terbuka di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Asia Barat.

Dalam kenyataan bersama pada Isnin, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan rakan sejawatnya dari Australia Anthony Albanese menyatakan kebimbangan mendalam terhadap situasi itu serta potensi kesannya terhadap rantaian bekalan tenaga global.

Ini termasuk sokongan terhadap aliran barangan penting, termasuk produk petroleum seperti diesel dan gas asli cecair, antara kedua-dua negara, selain memaklumkan serta berunding antara satu sama lain mengenai sebarang gangguan yang menjejaskan perdagangan tenaga.

“Kami komited untuk bekerjasama bagi memperkukuh daya tahan rantaian bekalan tenaga, termasuk dengan memperdalam kerjasama serantau, mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh baharu, menangani sekatan import dan eksport yang tidak wajar serta mengekalkan aliran perdagangan terbuka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar susulan panggilan telefon antara Wong dan Albanese pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, Australia dan Singapura akan mempercepatkan rundingan mengenai pengaturan perdagangan bagi bekalan penting.

Kedua-dua negara juga akan meneroka pilihan ke arah komitmen yang mengikat secara undang-undang melibatkan pengaturan dua hala seperti perundingan dan pemakluman awal sekiranya berlaku gangguan berpotensi.

Ini selaras dengan Deklarasi Bersama Perkongsian Strategik Komprehensif 2.0 yang dipersetujui pada Oktober 2025.

“Kami menyeru rakan dagang lain untuk bersama-sama memastikan rantaian bekalan tenaga global kekal terbuka demi keselamatan dan kemakmuran rakyat kita,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Singapura
#Australia
#tenaga
#Asia Barat
#bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan