awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura gagalkan cubaan seludup 830kg sisik tenggiling

Bernama
Bernama
28/03/2026
08:02 MYT
Singapura gagalkan cubaan seludup 830kg sisik tenggiling
Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memintas sebuah lori yang membawa masuk kargo laut yang diisytiharkan secara palsu sebagai "kulit ikan kering" di Stesen Pengimbasan Jurong. - Facebook NParks
Pihak berkuasa Singapura merampas lebih 830 kilogram (kg) sisik tenggiling Asia, dianggarkan daripada lebih 2,200 ekor haiwan itu, rampasan terbesar setakat ini, kata Lembaga Taman Negara (NParks).
NParks dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan rampasan itu berlaku pada 29 Dis 2025 apabila pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memintas sebuah lori yang membawa masuk kargo laut yang diisytiharkan secara palsu sebagai "kulit ikan kering" di Stesen Pengimbasan Jurong.
Pemeriksaan seterusnya menemukan 30 beg sisik tenggiling yang dirampas oleh NParks.
"Berdasarkan siasatan awal, kargo itu sedang transit melalui Singapura dalam perjalanan dari Indonesia ke Kemboja," menurut kenyataan itu.
Menurut NParks, analisis genetik oleh saintis di Pusat Forensik Hidupan Liar mendapati sisik berkenaan ialah sisik Tenggiling Sunda (Manis javanica), spesies terancam yang berasal dari Asia Tenggara, termasuk Singapura.
"Singapura mengamalkan pendirian sifar toleransi terhadap perdagangan haram spesies hidupan liar yang terancam, bahagiannya dan terbitannya.
"Kes ini menggariskan kepentingan kawalan sempadan Singapura yang kukuh dan menunjukkan keberkesanan pendekatan yang diselaraskan, diterajui perisikan, dan pelbagai agensi dalam mengesan dan mencegah jenayah hidupan liar," tambahnya.
Tenggiling dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) yang ditandatangani Singapura.
Singapura komited terhadap usaha antarabangsa untuk memerangi perdagangan hidupan liar haram bagi memastikan kemandirian jangka panjang haiwan tersebut, menurut NParks.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#NParks
#ICA
#penyeludupan
#sisik tenggiling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan