awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lubnan melangkah ke fasa baharu perjanjian kekal susulan gencatan senjata dengan Israel - Presiden Joseph Aoun
CEO Batik Air Malaysia menghadap Tunku Besar Tampin, bincang inspirasi dan pembangunan
Inisiatif Rumah Bangsa: “Alhamdulillah. Terima kasih Presiden dan Majlis Tertinggi” – KJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura gesa komuniti antarabangsa pertahan hak laluan transit

Bernama
Bernama
17/04/2026
16:07 MYT
Singapura gesa komuniti antarabangsa pertahan hak laluan transit
Lawrence Wong turut menyatakan, pemulihan laluan yang selamat, boleh diramal dan tanpa halangan melalui Selat Hormuz perlu berjalan seiring dengan usaha menamatkan perang. - Gambar Facebook Lawrence Wong

Perdana Menteri, Lawrence Wong berkata, Singapura akan terus bekerjasama dengan komuniti antarabangsa bagi mempertahankan hak laluan transit di selat yang digunakan untuk pelayaran antarabangsa.

Dalam hantaran Facebook pada Jumaat, Wong berkata, mesej itu disampaikan semasa mesyuarat maya bersama hampir 50 negara lain, yang dianjurkan bersama oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer.
Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan usaha memulihkan hak dan kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.
“Setiap negara yang hadir, termasuk yang tidak mempunyai sempadan laut, mengiktiraf kepentingan kritikal untuk menegakkan undang-undang antarabangsa di selat itu.
“Ia adalah kepentingan bersama untuk memastikan laluan penting perdagangan global ini kekal terbuka, selamat dan boleh diakses oleh semua,” katanya.
Sementara itu, Wong turut menyatakan yang pemulihan laluan yang selamat, boleh diramal dan tanpa halangan melalui Selat Hormuz perlu berjalan seiring dengan usaha menamatkan perang, menurut Channel News Asia.
Beliau berkata, hak laluan transit seperti yang diperuntukkan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) adalah amat penting.
“Singapura bersedia memainkan peranan dan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk memulihkan Selat Hormuz yang bebas dan terbuka, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
“Itu bermakna tiada tol, tiada sekatan dan kembali kepada keadaan sebelum perang,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Lawrence Wong
#Selat Hormuz
#UNCLOS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan