awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura perkenal pengecaman wajah bagi penunggang motosikal di pos kawalan darat bermula 31 Mac

1
1
26/03/2026
09:10 MYT
Singapura perkenal pengecaman wajah bagi penunggang motosikal di pos kawalan darat bermula 31 Mac
Pengenalan biometrik itu merupakan sebahagian daripada Konsep Pelepasan Baharu (NCC) bagi memberikan pengalaman pelepasan imigresen tanpa sentuh, selamat, dan lebih pantas. - Gambar fail/Bernama
Singapura bakal melaksanakan sistem pengecaman wajah bagi menggantikan imbasan cap jari untuk penunggang dan pembonceng motosikal yang melalui proses imigresen di pusat pemeriksaan darat bermula 31 Mac ini.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa pengenalan biometrik itu merupakan sebahagian daripada Konsep Pelepasan Baharu (NCC) bagi memberikan pengalaman pelepasan imigresen tanpa sentuh, selamat, dan lebih pantas.
Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan akan tersedia di 18 lorong motosikal automatik di zon ketibaan Pusat Pemeriksaan Woodlands sebelum diperluas secara berperingkat ke semua 70 lorong automatik ketibaan dan keberangkatan di pusat pemeriksaan itu.
Pusat Pemeriksaan Tuas pula dijadual melaksanakan inisiatif serupa pada suku ketiga tahun 2026.
"Inisiatif ini tersedia untuk penduduk Singapura, pemegang pas jangka panjang, serta pelawat asing yang pernah memasuki Singapura sebelum ini.
"Pelawat asing yang pertama kali berkunjung atau mereka yang memasuki semula Singapura menggunakan pasport berbeza daripada perjalanan sebelum ini perlu melalui pelepasan imigresen secara manual," kata ICA.
Ia berkata pelawat berkenaan boleh menggunakan lorong motosikal automatik melalui kod QR dan pengecaman wajah untuk perjalanan seterusnya.
Menurut ICA, lebih 150,000 penunggang dan pembonceng motosikal telah menyertai percubaan inisiatif imej wajah itu sejak Januari 2026.
"Berdasarkan maklum balas dan pemerhatian di lapangan, ICA telah meningkatkan keupayaan sistem untuk mengesan halangan pada wajah (contohnya pelitup muka atau cermin mata hitam) dan memperkenalkan paparan arahan pada skrin bagi membimbing pengguna menanggalkan halangan berkenaan bagi membolehkan imbasan wajah dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#ICA
#Woodlands
#pusat pemeriksaan
#pengecaman wajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan