awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siri Samsung Galaxy Z baharu tidak hanya nipis dan ringan, malah lebih bijak

Amzar Alif
Amzar Alif
10/07/2025
10:44 MYT
Siri Samsung Galaxy Z baharu tidak hanya nipis dan ringan, malah lebih bijak
Samsung memperkenalkan promosi pratempah menarik untuk Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7, termasuk naik taraf storan dua kali ganda, baucar e-digital dan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan. -Gambar Samsung
KUALA LUMPUR: Samsung mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam teknologi peranti boleh lipat menerusi pelancaran rasmi siri Galaxy Z terkini iaitu Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7, dan Galaxy Watch8.

Ringkasan AI
  • Samsung melancarkan Galaxy Z Fold7, Z Flip7, dan Galaxy Watch8 dengan reka bentuk nipis, ringan, dan pintar untuk gaya hidup moden.
  • Galaxy Z Fold7 dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 dan Galaxy AI, menawarkan pengalaman multitugas seperti komputer mini lipat.
  • Galaxy Z Flip7 dan Watch8 hadir dengan ciri AI dan kesihatan canggih, serta promosi pratempahan hingga 31 Julai 2025.

Reka bentuk peranti ini disasarkan kepada pengguna moden yang mengutamakan keseimbangan antara gaya, produktiviti, dan kesihatan, menjadikan siri baharu ini bukan sekadar nipis dan ringan, malah lebih bijak dan serba boleh.
Tumpuan utama terarah kepada Galaxy Z Fold7 yang kini tampil dengan reka bentuk lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelumnya, tanpa mengorbankan prestasi.
Diperhebat dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) Galaxy AI, Galaxy Z Fold7 bukan sekadar peranti mudah alih, tetapi transformasi kepada sebuah komputer mini lipat yang menawarkan pengalaman multitugas dan produktiviti tanpa gangguan.
Menurut Ketua Bahagian Mobile eXperience Samsung Malaysia, Matthew Ng, peranti ini direka untuk memberikan fleksibiliti maksimum kepada pengguna.
“Tahun ini memang titik perubahan untuk siri Galaxy Z bukan setakat lebih nipis dan ringan, tapi ia juga lebih bijak, fleksibel dan senang digunakan.
"Galaxy Z Fold7 kali ini direka khas memberi pengalaman Ultra sepenuhnya dalam bentuk boleh lipat,” katanya.
xxx
Galaxy Z Fold7 tampil dengan reka bentuk lebih premium dan nipis, dilengkapi kuasa Galaxy AI yang mengoptimumkan produktiviti dan kreativiti pengguna. - Gambar Samsung
xxx
Ciri Galaxy AI membolehkan pengguna Galaxy Z Fold7 menyunting imej secara pintar terus dari skrin besar, menjadikan setiap foto lebih bermakna. - Gambar Samsung
Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, Galaxy Z Fold7 turut dilengkapi sistem kamera canggih dan ciri baharu seperti Taskbar untuk akses pantas aplikasi serta fungsi Dual App Pop-Up, membolehkan pengguna membuka dua aplikasi overlay tanpa menutup paparan utama.
Ciri ini memudahkan penyuntingan kandungan, penyemakan dokumen dan kolaborasi dalam satu paparan yang luas.
Sementara itu, Galaxy Z Flip7 pula membawa dimensi baharu kepada peranti boleh lipat bersaiz poket.
Ia kini tampil dengan skrin FlexWindow 3.4 inci yang dinaik taraf sepenuhnya, membolehkan pengguna mengakses aplikasi utama seperti YouTube, WhatsApp dan Google Maps tanpa perlu membuka lipatan telefon.
Galaxy Z Flip7 juga menampilkan ciri AI untuk peribadikan mesej, menjana kapsyen gambar, dan menjadual tugasan secara pintar berdasarkan corak penggunaan harian.
xxx
Galaxy Z Flip7 generasi baharu menyerlah dengan rekaan boleh lipat yang lebih anggun serta sokongan Galaxy AI untuk pengalaman lebih pintar dan peribadi. - Gambar Samsung
xxx
Pengguna kini boleh merakam swafoto berkualiti tinggi dengan mudah menerusi skrin luar Galaxy Z Flip7 yang lebih besar dan interaktif. - Gambar Samsung
xxx
Galaxy Z Flip7 membolehkan pengguna menyesuaikan skrin luar mengikut gaya hidup masing-masing dengan pelbagai widget, animasi dan kawalan. - Gambar Samsung
Dengan reka bentuk bergaya dan padat, ia disasarkan untuk golongan aktif dan penyunting kandungan.
Dalam usaha memperluaskan gaya hidup digital menyeluruh, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch8 yang kini dilengkapi sensor kesihatan lebih tepat termasuk pengesanan Vascular Age, pemantauan tahap stres, dan Mindfulness Tracker yang semuanya boleh disepadukan dalam ekosistem Galaxy.
Pelancaran kali ini turut disertakan promosi pratempahan yang berlangsung hingga 31 Julai 2025.
Tempahan awal bermula dari RM3,999 berpeluang menerima ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,390 termasuk e-baucar Samsung Reservation+, naik taraf storan percuma, dan rebat tambahan sehingga RM400 dengan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit CIMB.
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih pelan ansuran tanpa faedah (0%) sehingga 36 bulan.
Pratempahan untuk Galaxy Watch8 turut dibuka bermula dari RM1,299 dengan penjimatan sehingga RM966, termasuk pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pengguna boleh melayari laman rasmi Samsung Malaysia di www.samsung.com/my.
Topic Berkaitan
#Samsung Galaxy Z
#Galaxy Z Fold7
#Galaxy Z Flip7
#Galaxy Watch8
#Galaxy AI
#peranti boleh lipat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan