awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sirul Azhar tunggu kelulusan visa perlindungan - Peguam

Bernama
Bernama
31/12/2015
13:11 MYT
Sirul Azhar tunggu kelulusan visa perlindungan - Peguam
Visa itu bukan bermaksud Sirul Azhar cuba mencari perlindungan di Australia sebaliknya ia merupakan satu kelas visa. - Gambar fail
Pesalah kes bunuh Sirul Azhar Umar, yang berada dalam tahanan Imigresen Australia, masih menunggu kelulusan jabatan itu untuk mendapatkan visa perlindungan supaya dia dibebaskan daripada tahanan berkenaan.
Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin berkata anak guamnya mengemukakan permohonan untuk mendapatkan visa itu awal tahun ini, dan satu temu bual telah diadakan terhadapnya pada 25 Nov lepas oleh pihak Imigresen Australia.
"Anak guam saya mengemukakan permohonan visa perlindungan memandangkan statusnya yang kini berada dalam tahanan pihak Imigresen. Kami dimaklumkan bahawa proses untuk mendapatkan visa itu masih berjalan sehingga kini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai visa perlindungan itu, Kamarul berkata visa itu bukan bermaksud Sirul Azhar cuba mencari perlindungan di Australia sebaliknya ia merupakan satu kelas visa.
"Visa perlindungan merupakan satu daripada kelas visa. Ia boleh dipohon oleh sesiapa sahaja yang ingin tinggal di Australia lebih lama sekiranya visa lawatan sosial mereka tamat tempoh," kata peguam itu.
Beliau berkata visa lawatan sosial Sirul Azhar telah tamat tempoh awal tahun ini.
Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Namun pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul Azhar tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Australia. Bagaimanapun, dia ditahan pada 20 Januari lepas oleh pegawai Imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah. Dia kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.
Topic Berkaitan
#Australia
#kes bunuh
#perlindungan
#Sirul Azhar Umar
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan