awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem ANPR berada pada peringkat RFP - Alexander

Bernama
Bernama
08/11/2025
10:51 MYT
Sistem ANPR berada pada peringkat RFP - Alexander
Sistem ANPR mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan melalui kamera dan membolehkan bayaran tol dibuat secara digital tanpa tunai. - Gambar fail
BALIK PULAU: Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi pengecaman nombor plat automatik (ANPR) ketika ini berada pada peringkat Request for Proposal (RFP), menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata pihaknya membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengemukakan cadangan bagi pelaksanaan sistem tol tanpa palang itu yang merupakan antara langkah strategik ke arah pelaksanaan sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) yang lebih cekap dan efisien.
"Kita mengamalkan sistem RFP, jadi kita juga gunakan kaedah business to business, sekarang kita masih buka kepada pihak yang berminat dan menerima pelbagai cadangan daripada mereka.
"Mengenai jangkaan pelaksanaan sistem tol tanpa palang, ia dijangka dapat dimuktamadkan tahun depan kerana kita tidak mahu terburu-buru dan perlu teliti secara terperinci kerana pelaksanaan sistem tersebut memberikan implikasi besar kepada pelbagai pihak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tapak di projek pembaikan cerun di laluan FT006 Seksyen 40.84 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, di sini hari ini.
Sistem ANPR mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan melalui kamera dan membolehkan bayaran tol dibuat secara digital tanpa tunai, selain menyediakan paparan e-invois, semakan transaksi dan pelbagai perkhidmatan mobiliti lain melalui satu platform digital bersepadu.
Pengguna hanya perlu mendaftar secara dalam talian menggunakan maklumat pengenalan diri, kenderaan dan kaedah pembayaran.
Sementara itu, Alexander berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) turut menjalankan kajian rapi dengan meninjau pelaksanaan sistem pengangkutan pintar (ITS) di beberapa negara maju.
''Saya baru pulang dari Korea bersama-sama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan KKR, kami juga sudah beberapa kali meninjau ke negara lain untuk melihat cara mereka melaksanakan ITS,'' katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKR
#Alexander Nanta Linggi
#ANPR
#sistem pembayaran terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan