awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem Insurans Pekerjaan akan dibentangkan di Parlimen pada Julai

Bernama
Bernama
13/04/2017
09:31 MYT
Sistem Insurans Pekerjaan akan dibentangkan di Parlimen pada Julai
Antara objektif sistem itu adalah untuk menyediakan perlindungan pendapatan dan meningkatkan kebolehambilan kerja kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. - Gambar hiasan
Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang akan melibatkan kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta akan dibentangkan di Parlimen pada Julai, 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perkeso, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz, berkata kadar caruman akan diumumkan sebaik sahaja Rang Undang-Undang EIS diluluskan oleh Parlimen.
Bercakap pada satu taklimat di sini, hari ini, Mohamed Azman berkata, antara objektif sistem itu adalah untuk menyediakan perlindungan pendapatan dan meningkatkan kebolehambilan kerja kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.
Ia juga akan menyokong pencarian pekerjaan, padanan pekerjaan, penempatan pekerjaan dan mobiliti pekerja, di samping menyediakan penstabilan pekerjaan, katanya.
Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan EIS dijangka dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun depan, manakala pembayaran faedah akan dibuat dari 1 Jan, 2019.
Mohammed Azman memberi jaminan jumlah caruman adalah minimum.
"Sebagai contoh, jika ia (ditetapkan) pada RM5, majikan yang mempunyai lima pekerja akan membayar RM300 setahun," katanya.
EIS, bagaimanapun, tidak termasuk pekerja asing.
"Mereka juga tidak akan mencarum," jelasnya.
Pada masa hadapan, katanya, sekiranya ada lebihan dalam dana EIS dalam tempoh terdekat, faedah bersalin bagi pekerja sektor swasta ditambah kepada 14 minggu (98 hari).
Faedah lain termasuk subsidi gaji kepada perusahaan kecil dan sederhana sehingga 50 peratus bagi tempoh enam bulan kepada majikan yang menggaji pekerja yang kali pertama bekerja, pekerja berusia 45 tahun ke atas dan wanita selepas cuti bersalin dan subsidi gaji kepada majikan yang mengekalkan pekerja daripada dibuang kerja semasa kegawatan ekonomi.
"EIS adalah untuk melengkapkan jaringan keselamatan sosial sedia ada bagi negara dan pekerja. Ia menawarkan sokongan pendapatan kewangan bagi pekerja dan merupakan penstabil ekonomi automatik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EIS
#Parlimen
#perkeso
#Sistem Insurans Pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan