awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem maklumat dan kit kecemasan kuasa bagi persediaan mangsa banjir

Bernama
Bernama
08/11/2015
01:10 MYT
Sistem maklumat dan kit kecemasan kuasa bagi persediaan mangsa banjir
Selain sistem maklumat itu, turut diperkenalkan ialah kit kecemasan bekalan kuasa yang mampu menjana kuasa elektrik dengan menggunakan bateri kereta.
Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat mangsa banjir pada masa akan datang dijangka boleh mengetahui kedudukan semasa mereka menerusi satu sistem maklumat yang sedang dibangunkan sebuah badan bukan kerajaan.
Sistem maklumat yang boleh diakses menerusi laman sesawang http://myitl.net/banjir, dibangunkan oleh Skuad Kenderaan Pacuan Empat Roda, Memerang Tracker (MT) bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL), akan beroperasi apabila mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.
Penasihat MT Shariff Iskandar berkata selain memperkenalkan sistem maklumat itu pihaknya turut memperkenalkan kit kecemasan bekalan kuasa yang mampu menjana kuasa elektrik dengan menggunakan bateri kereta.
"Dua bentuk bantuan itu adalah inisiatif bersepadu antara MT, DPMMKL dan pasukan sukarelawan sebagai sumbangan dan khidmat komuniti sosial masyarakat dalam menghadapi banjir.
"Menerusi mekanisme bantuan ini, kita boleh mengenal pasti siapa lagi mangsa yang belum menerima bantuan dan juga merangkumi pangkalan data maklumat sukarelawan, kenderaan, pusat pemindahan dan mangsa banjir," katanya pada sidang media selepas melancarkan Skuad Banjir 4X4 MT di sini hari ini.
Shariff berkata kit kecemasan bekalan kuasa mengandungi alat 'pembalik' yang boleh membekalkan kuasa elektrik 240 volt seperti di rumah dan boleh dibawa ke mana sahaja, khususnya tempat yang tiada bekalan kuasa.
Topic Berkaitan
#dpmmkl
#maklumat banjir
#Memerang Tracker
#Shariff Iskandar
#sistem maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan