awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem MyApps tambah baik pengurusan banjir Kemaman

Bernama
Bernama
16/10/2015
00:14 MYT
Sistem MyApps tambah baik pengurusan banjir Kemaman
Sistem MyApps pengurusan banjir membolehkan maklumat disalurkan ke Pusat Bencana Daerah atau 'Command Center' serta keperluan lain seperti makanan, bekalan air bersih dapat diagihkan dengan tepat. - Gambar fail
Pengenalan Sistem MyApps yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk pendaftaran mangsa banjir di Kemaman mulai tahun ini akan menambah baik sistem pengurusan banjir.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata melalui sistem bernilai RM3 juta itu, pihak pengurusan banjir akan mengetahui bilangan sebenar mangsa banjir dan seterusnya memudahkan bekalan makanan serta keperluan diagihkan ke seluruh daerah.
"Selalunya kita tak tahu berapa jumlah tepat mangsa banjir tetapi melalui sistem ini, semua penduduk dah didaftarkan dan bila banjir berlaku, mangsa hanya perlu datang ke pusat pemindahan dengan membawa Mykad dan kita akan masukkan data jumlah anggota yang berpindah.
"Jadi, secara tak langsung maklumat tepat akan dapat disalurkan ke Pusat Bencana Daerah atau 'Command Center' serta keperluan lain seperti makanan, bekalan air bersih dapat diagihkan dengan tepat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Program Simulasi Banjir dan Kesiapsiagaan Daerah Kemaman yang disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Felda Seberang Tayor pada Khamis.
Sementara itu Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata daerah berkenaan sudah bersiap siaga dalam menghadapi banjir tahun ini.
"Tahun ini kita lebih bersedia hadapi bencana banjir ... kita tambah baik pengurusan berbanding tahun lalu.
Ahmad Shabery berkata sebanyak dua simulasi banjir diadakan di daerah tersebut melibatkan pelbagai agensi termasuk tentera, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam serta penduduk.
Sebanyak 76 pusat pemindahan banjir disediakan di daerah tersebut yang boleh memuatkan 40,000 mangsa.
Tahun lepas, Kemaman dianugerahkan 'gold standard' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kecekapan pengurusan bencana banjir daerah berkenaan.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#MyApps
#pengurusan banjir
#SKMM
#Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan