awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Eropah mungkin hanya ada enam minggu simpanan bahan api jet - IEA
TSMC unjur jualan 2026 naik lebih 30% dipacu permintaan AI
PBB perluas bantuan untuk Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza terbabit kemalangan, alami cedera ringan

Astro AWANI
Astro AWANI
16/04/2026
09:42 MYT
Siti Nurhaliza terbabit kemalangan, alami cedera ringan
Siti Nurhaliza (kanan) dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.2 Lebuhraya MEX, pada Khamis. -Foto media sosial
Biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.2 Lebuhraya MEX, ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di RedQ AirAsia, Sepang, sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian Instagram oleh pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Kata Rozi, kejadian tersebut melibatkan empat buah kereta termasuk kenderaan yang dinaiki Siti.
"Kereta saya dan Siti Fairuz (pembantu Siti) berjarak beberapa buah kenderaan daripada kereta yang dinaiki Siti.
"Kami bawa Siti keluar daripada kereta dan membawanya ke hospital," tulis Rozi di Instagram.
Tambah Rozi, Siti mengalami lebam serta bengkak pada bahagian kaki akibat insiden berkenaan.
Sementara itu, dalam satu kemas kini terbaharu di media sosial, Siti memuat naik sebuah video bersama anaknya Muhammad Afwa, dan memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Beliau juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakannya, serta berharap agar segera sembuh bagi membolehkannya kembali menjalankan tugasan seperti biasa.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian kemalangan itu daripada pihak polis.
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#kemalangan
#Lebuhraya MEX
#Rozi Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan