awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung
IPT bukan ‘lubuk’ rasuah: Menilai realiti berasaskan fakta, bukan persepsi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi terkawal untuk sebulan atau lebih, rakyat tidak harus dibebankan - PM

Astro AWANI
Astro AWANI
31/03/2026
15:51 MYT
Situasi terkawal untuk sebulan atau lebih, rakyat tidak harus dibebankan - PM
“Jika kita mengakui wujudnya masalah, maka kita perlu memaklumkan kepada rakyat," ujar Anwar. - Gambar BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa situasi bekalan minyak untuk tempoh sebulan atau lebih masih terkawal, selepas berbincang dengan PETRONAS dan syarikat minyak lain.
Beliau turut menegaskan rakyat tidak seharusnya menjadi pihak pertama menanggung kesan daripada isu konflik di Asia Barat, sebaliknya kerajaan akan menanganinya terlebih dahulu.
“Jika kita mengakui wujudnya masalah, maka kita perlu memaklumkan kepada rakyat. Atas sebab itu, keputusan berkaitan RON95 dipertimbangkan.
“(Kerajaan) mendapati buat masa ini, untuk tempoh kira-kira sebulan atau lebih keadaan masih terkawal,” katanya semasa berucap di Forum Ilmuan Malaysian Madani Kementerian Pendidikan Tinggi di Kuala Lumpur pada Selasa.
Anwar turut berpendapat walaupun keadaan ini (isu petroleum) dapat diselesaikan namun ia dijangka mengambil masa sebulan untuk beroperasi semula.
Tambahnya, kerajaan turut mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dan wajar bagi melindungi kepentingan ekonomi agar kebajikan rakyat terpelihara.
Pada masa sama, Anwar turut menyatakan kebimbangan untuk mendapatkan semua pihak dalam menangani isu ini sambil menyeru semua pihak ketepikan politik seketika dan berganding bahu untuk menumpukan langkah ke arah menyelesaikan isu ekonomi.
“Saya masih melihat di media sosial komen-komen yang sangat negatif, dan bagi saya, itu sesuatu yang malang, Ini bukan masa untuk bermain politik.
“Keselamatan negara dan kestabilan ekonomi sedang dipertaruhkan. Bukan masa untuk bercakap soal siapa menang kerusi tertentu atau tidak,” katanya lagi.
Antara panel yang terlibat semasa forum tersebut ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour serta Ketua Ekonomi World Bank Malaysia, Dr Apurva Sanghi.
Kerajaan sebelum ini menurunkan kuota petrol RON95 bersubsidi kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April, berbanding 300 liter sebelum ini namun mengekalkan harga subsidi kepada RM1.99 seliter.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ekonomi
#minyak & gas
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan