awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal tanah: Datuk Seri, anak dibebas dengan jaminan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2017
08:43 MYT
Skandal tanah: Datuk Seri, anak dibebas dengan jaminan SPRM
Dua ahli perniagaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal tanah minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin setelah tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini. -Gambar fail
Dua ahli perniagaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal tanah minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin setelah tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini.
Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Ahmad Tajudin Zain di sebuah hospital swasta di sini dengan membenarkan dua beranak terbabit diikat jamin RM100,000 setiap seorang dengan dua penjamin.
Menurut SPRM, ahli perniagaan yang bergelar "Datuk Seri" berusia 74 tahun itu dimasukkan ke hospital swasta sejak Jumaat lalu akibat darah tinggi manakala anak lelakinya, seorang "Datuk" ditahan di lokap sejak Rabu lalu.
Terdahulu, anaknya yang berusia 47 tahun dan memegang jawatan pengarah urusan sebuah syarikat pemaju hartanah turut dibawa ke hospital sama pada jam 10.50 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Datuk Seri dan anaknya itu ditahan SPRM pada 12 April lalu bagi membantu siasatan berhubung penjualan tanah yang melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.
Kedua-dua suspek itu mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia.
Menurut SPRM, tangkapan berkenaan merupakan susulan daripada siasatan SPRM yang turut melibatkan penahanan seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac lepas kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Tajudin Zain
#Bursa Malaysia
#Datuk Seri
#Mahkamah Majistret
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan