awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim Air Darul Ehsan dikuatkuasa 1 Mac 2020 - MB Selangor

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
01/11/2019
09:27 MYT
Skim Air Darul Ehsan dikuatkuasa 1 Mac 2020 - MB Selangor
Pemberian 20 meter padu air percuma akan dilaksanakan kerajaan Selangor secara perkongsian dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). - Gambar hiasan
Skim Air Darul Ehsan yang khusus kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan sasaran akan dikuatkuasa pada 1 Mac 2020.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemberian 20 meter padu air percuma itu akan dilaksanakan secara perkongsian dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
“Program pemberian 20 meter padu air percuma untuk tahun 2019 ini dibiayai secara cost sharing dengan Air Selangor.
“Bagi memastikan pemberian air percuma diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukan dan kemampanan program ini, Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Air Darul Ehsan dan akan berkuatkuasa mulai pada 1 Mac 2020.
“Konsep perkongsian kos ini dapat membolehkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan negeri bagi pembangunan lain untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor,” katanya semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2020 di sini, pada Jumaat.
Skim Air Darul Ehsan adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor.
Ia layak dinikmati antaranya kepada pemohon atau pasangan yang menetap di Selangor dengan pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor juga sudah mengenal pasti sumber baharu air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber bekalan air bagi menampung permintaan sehingga tahun 2060.
Topic Berkaitan
#Air percuma
#Amirudin Shari
#Menteri Besar
#Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
#Skim Air Darul Ehsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan