awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM siasat 154 kes penyalahgunaan internet dari Januari hingga September

Bernama
Bernama
09/11/2016
09:31 MYT
SKMM siasat 154 kes penyalahgunaan internet dari Januari hingga September
SKMM menangani 3,868 kes insiden keselamatan siber yang sebahagian besar daripadanya melibatkan serangan 'web defacement' dan 'malware'.
Sebanyak 154 kes penyalahgunaan Internet dan media baharu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dari Januari hingga September tahun ini mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata bagi tempoh itu juga, SKMM menangani 3,868 kes insiden keselamatan siber yang sebahagian besar daripadanya melibatkan serangan 'web defacement' dan 'malware'.
Menurutnya SKMM turut bergerak untuk memperkasakan pengguna dan komuniti setempat melalui aktiviti di lapangan, bengkel, taklimat khas, program perkhemahan dan kempen kesedaran.
"Sebanyak 450 program advokasi telah dilaksanakan antara Januari hingga September lepas dengan menjangkaui 680,000 peserta," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Kementerian itu menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang mahukan penjelasan mengenai langkah-langkah kerajaan mengawal ancaman siber daripada pihak yang semakin berani melemparkan fitnah kepada kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#malware
#penggodaman
#penyalahgunaan internet
#SKMM
#web defdacement
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan