awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0: Kerajaan pantau rapi keselamatan aktivis Malaysia - Amirudin
[TERKINI] Konflik Asia Barat: Trump tutup Selat Hormuz, harga minyak mentah kembali melonjak
Konflik Asia Barat: Negara Teluk cari alternatif ketika Selat Hormuz kekal hampir tertutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad sepak takraw Iran tetap mahu beraksi pada Piala Dunia 2026 - Abdul Halim

Bernama
Bernama
12/04/2026
07:21 MYT
Skuad sepak takraw Iran tetap mahu beraksi pada Piala Dunia 2026 - Abdul Halim
Abdul Halim berkata skuad Iran ketika ini masih berusaha untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Malaysia dari Turkiye, bagi memastikan mereka tetap bersaing pada kejohanan itu, di sebalik konflik Asia Barat. - Gambar Bernama

Skuad Iran masih berminat untuk beraksi pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini bulan depan.

Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) Datuk Abdul Halim Kader berkata skuad Iran ketika ini masih berusaha untuk mendapatkan tiket penerbangan ke Malaysia dari Turkiye, bagi memastikan mereka tetap bersaing pada kejohanan itu, di sebalik konflik Asia Barat.

“Dari Tehran mereka (Iran) akan pergi ke Turkiye melalui jalan darat, kemudian mereka terbang ke Kuala Lumpur. Iran tetap mahu bertanding walaupun kos tiket meningkat.

“Kami juga akan minta Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sekiranya Iran memerlukan sebarang bantuan untuk datang ke sini,” katanya pada sidang media di Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia hari ini.

Iran antara 14 negara termasuk tuan rumah Malaysia yang akan beraksi bagi kategori Premier yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 23 Mei ini berbanding tarikh asal 12 hingga 24 Mei.

Negara lain yang bertanding dalam kategori Premier adalah Thailand, Singapura, Indonesia, India, Korea Selatan, Jepun, Brunei, Filipina, Myanmar, Vietnam, China dan Taiwan.

Dalam pada itu, Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata mereka terpaksa mengubah tarikh kejohanan kerana status pasukan yang beraksi bagi saingan Divisyen 1 masih menjadi tanda tanya.

Beliau berkata hampir separuh daripada keseluruhan 12 pasukan bagi saingan Divisyen 1 termasuk dari Eropah masih belum memberi kata putus susulan konflik di Asia Barat.

“Kami sedang berfikir sama ada mahu teruskan atau tidak sebab yang mengesahkan boleh hadir hanya dua negara, iaitu Pakistan dengan Sri Lanka.

“Kami akan buat pengundian 15 April ini untuk kategori Premier manakala bagi Divisyen 1 akan ditangguhkan dahulu. Sekiranya hanya ada dua atau tiga pasukan, kami terpaksa batalkan dan tumpukan kepada kategori Premier,” katanya.

Terdahulu, Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia menerima tajaan peralatan sepak takraw antaranya jaring dan bola daripada jenama Marathon berjumlah RM1 juta selama lima tahun.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Piala Dunia Sepak Takraw 2026
#Iran
#kategori Premier
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan