awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SL1M bantu 138,398 graduan sehingga 31 Oktober

Bernama
Bernama
06/11/2017
07:06 MYT
SL1M bantu 138,398 graduan sehingga 31 Oktober
Khazanah merupakan antara syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan program SL1M yang diperkenalkan pada 1 Jun, 2011. - Gambar fail
Seramai 138,398 graduan telah dibantu melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sehingga 31 Okt tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
Beliau berkata mereka telah dibantu oleh 22 syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) serta melalui program anjuran SL1M antaranya Karnival Kerjaya SL1M dan Program 'Search and Assist' SL1M di seluruh negara.
"GLIC dan GLC yang mengambil bahagian, masih melaksanakan program ini secara tanggungjawab sosial korporat dan semua kos perbelanjaan latihan graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Othman berkata pada 2015 dan 2016, seramai 5,160 siswazah telah dilatih di bawah program Khazanah Nasional SL1M - GREEN dengan perbelanjaan sebanyak RM89 juta.
"Daripada jumlah itu, kira-kira 77 peratus peserta program tersebut berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan selama tujuh bulan," katanya.
Khazanah merupakan antara syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan program SL1M yang diperkenalkan pada 1 Jun, 2011.
Bagi memperluaskan pelaksanaan Program SL1M dalam syarikat swasta, katanya ia turut dijadikan antara syarat bagi syarikat yang ditawarkan kontrak perolehan kerajaan termasuk pelanjutan kontrak.
Syarikat tersebut hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai kontrak untuk melaksanakan program SL1M berdasarkan had yang ditetapkan.
Selain itu, dalam Bajet 2018 baru-baru ini, katanya sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi program temuduga terbuka yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dan GLC terbabit.
Kerajaan juga akan mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan SL1M di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri
#kerjaya
#latihan
#Othman Aziz
#pekerjaan
#siswazah
#SL1M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan