awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
Anggota udara AS yang hilang ditemui, operasi menyelamat masih berlangsung
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Dewan Rakyat tolak bahas isu pegangan saham Azam Baki

Astro AWANI
Astro AWANI
23/02/2026
10:07 MYT
Speaker Dewan Rakyat tolak bahas isu pegangan saham Azam Baki
Johari memaklumkan telah menerima usul itu pada 12 Februari, namun satu jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. - Foto Bernama
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Ramkarpal Singh untuk membahaskan isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Dewan Rakyat.
Beliau memaklumkan telah menerima usul itu pada 12 Februari, namun satu jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.
“Saya telah sahkan menerima usul Yang Berhormat (YB) yang dikemukakan pada 12 Februari 2026. Setelah membuat semakan, saya difahamkan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci mengenai isu itu.
“Oleh kerana jawatankuasa itu telah ditubuhkan dan siasatan sedang dilaksanakan, maka usul YB terpaksa saya tolak," katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Johari berkata, adalah lebih baik membenarkan jawatankuasa berkenaan menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan membahaskannya apabila keputusan sudah diperoleh.
Terdahulu, Ramkarpal membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1), yang membenarkan seorang bukan menteri memohon kebenaran untuk membangkitkan perkara berkepentingan awam yang mendesak dengan membacakan usul yang diluluskan oleh Speaker.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Johari Abdul
#Azam Baki
#pegangan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan