awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Polis UK tahan tujuh penunjuk perasaan berhampiran pangkalan RAF digunakan AS
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speedy Tiger akur kehebatan Jepun, tewas 4-5

Bernama
Bernama
07/03/2026
21:17 MYT
Speedy Tiger akur kehebatan Jepun, tewas 4-5
Skuad negara berkemungkinan masih layak ke Piala Dunia Hoki 2026 Belanda-Belgium, apabila ranking dunia semasa menyaksikan Malaysia di tangga ke 15.
Skuad hoki lelaki negara tewas 4-5 kepada Jepun pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada Sabtu.
Skuad Jepun terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ryoma Ooka pada minit ke-15 sebelum pasukan kendalian Sarjit Singh menyamakan kedudukan menerusi Fitri Saari pada minit ke-30.
Pasukan Speedy Tigers menggandakan kedudukan menerusi gol padang Marhan Jalil dan Syed Cholan pada minit ke-30 dan 35.
Namun, Jepun merapatkan jurang apabila Kazumasa Matsumoto meledak jaringan padang selang tiga minit kemudian sebelum Raiki Fujishima menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-52.
Lawan terus menghukum Speedy Tigers dengan dua lagi jaringan menerusi Koji Yamasaki pada minit ke-55 dan 57 sebelum Malaysia memperoleh gol keempat menerusi Faizal Saari, dua minit sebelum perlawanan berakhir.
Bagaimanapun, skuad negara berkemungkinan masih layak ke Piala Dunia Hoki 2026 Belanda-Belgium, apabila ranking dunia semasa menyaksikan Malaysia di tangga ke 15, mengatasi Wales di tangga ke-16 dan Poland di tangga ke-20 yang beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat dalam satu lagi pusingan kelayakan.
Slot ketujuh kejohanan itu diberikan kepada pasukan yang mempunyai ranking dunia tertinggi antara dua pasukan yang kalah dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di kedua-dua kelayakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#Speedy Tigers
#Jepun
#kelayakan Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan