awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM 2025: Kenyataan media peratusan pencapaian mengikut kaum tidak benar - Wong Kah Woh

Bernama
Bernama
01/04/2026
06:22 MYT
SPM 2025: Kenyataan media peratusan pencapaian mengikut kaum tidak benar - Wong Kah Woh
Wong Kah Woh berkata Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mengeluarkan kenyataan media seumpama itu malah maklumat tersebut tidak terkandung semasa pengumuman yang dibuat semalam. -Gambar fail/Bernama
Kenyataan media yang tular memaparkan peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mengeluarkan kenyataan media seumpama itu malah maklumat tersebut tidak terkandung semasa pengumuman yang dibuat semalam.
"Apa yang tular adalah 101 peratus tidak betul sama sekali. Itu sudah pasti tidak benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Bangunan Gantian (Daif 2022) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil, di sini, hari ini.
Wong berkata pelaksanaan peperiksaan SPM dan pengumuman keputusan dibuat berdasarkan piawaian dan standard yang telah ditetapkan tanpa sebarang kompromi.
“Kita melaksanakan peperiksaan SPM dengan mematuhi segala piawaian dan standard yang telah ditetapkan bagi setiap satu mata pelajaran, (begitu juga) tarikh pengumuman keputusan...kita pastikan keputusan dikeluarkan pada 10 pagi serentak di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata pengumuman keputusan SPM dibuat secara seragam di seluruh negara bagi memastikan ketelusan.
"Ini adalah piawaian yang pihak KPM tidak akan kompromi," katanya mengulas kenyataan media berlogo KPM yang tular di media sosial mengandungi maklumat peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum, sejak semalam.
Kenyataan media itu mengandungi analisis mendakwa calon Melayu yang menduduki SPM 2025 merekodkan peratusan terendah berbanding Cina dan India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wong Kah Woh
#Tular
#SPM
#peratusan
#piawaian bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan